Friday 10 January 2014

5 Bahan Cemar Udara

1.AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
  Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. .


2.KENDERAAN BERMOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

4. PENJANAAN KUASA 

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

5. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.


4 comments:

  1. BAHAN PENCEMAR ALAM
    1. ASAP ROKOK :
    Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu Karsinogen - agen penyebab kanser Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

    2. KARBON MONOKSIDA :
    Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan 

    3. SULFUR DIOKSIDA :
    a) Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu. 
    b) Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid .
    4. JEREBU :
    a) Merengsakan saluran pernafasan sistem respirasi dan merosakkan peparu.
    b) Mengganggu proses fotosintesis.
    c) Mengurangkan jarak penglihatan dan menyebabkan kemalangan.

    5. TOKSIN :
    Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

    PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI
    ASMA : Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.

    2) BRONKITIS :
    Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

    3) EMFISEMA :
    Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan. 

    4) KANSER PEPARU :
    Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

    CARA MEMBAIKI KUALITI UDARA
    Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap.
    Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat.
    Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik.
    Gunakan petrol tanpa plumbum.
    Berkongsi kenderaan.
    Menggunakan pengangkutan awam.
    Tanam lebih banyak pokok .
    Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang.

    AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH
    Tidak melakukan pembakaran terbuka.
    Tidak merokok di tempat terbuka.
    Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur.
    Mengurangkan penggunaan penghawa dingin.
    Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan.



    ReplyDelete
  2. Untuk Buku Skrap :
    Pengenalan Topik
    DEFINISI SISTEM PERNAFASAN
    Pernafasan atau respirasi adalah merupakan suatu proses yang bermula darimengambil oksigen, mengeluarkan karbohidrat dengan menggunakan kuasa didalamtubuh manusia. Manusia akan bernafas dengan menghirup atau mengambil oksigendidalam udara bebas dan akan menghembuskan udara karbon dioksida keluar semula.
    MEKANISME PERNAFASAN
    Mekanisme pernafasan terdiri daripada beberapa kelakuan seperti menarik nafas danmenghembus nafas. Ia juga akan melibatkan beberapa perubahan kepada ototinterkosta, tulang rusuk, diafragma, isipadu rongga toraks dan akan memberi tekananudara di paru-paru. Semasa kita menarik nafas, otot interkosta luar akan mengecut dantulang rusuk akan menaik keatas. Ia juga akan membuatkan otot diafragma mengecutatau menjadi leper. Isipadu rongga toraks akan bertambah serta tekanan udara didalam paru-paru akan menjadi rendah dan tekanan udara di luar yang lebih tinggi akanmenolak udara ke dalam paru-paru. Semasa kita menghembus nafas pula, perkarayang sebaliknya akan berlaku keatas otot interkosta, diafragma dan isipadu ronggatoraks.

    selanjutnya diikuti dengan maklumat di atas dan ditambah dengan gambar...

    ReplyDelete